Archive for 5 July 2007 (Thursday)

Nazak…

PERSEDIAAN MENGHADAPI ORANG YANG NAZAK
oleh Haji Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com)

nazak.jpg   Nazak

Kebaikan di sebalik kesakitan…
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya itu beroleh kebaikan, maka diujinya dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)

Berfikiran Positif
Sungguh luar biasa perihal orang mukmin. Sesungguhnya setiap perkara yang membabitkannya adalah baik belaka, dan ia tidak begitu melainkan untuk mukmin sahaja. Apabila dia beroleh kesenangan, dia bersyukur lantas ia menjadi kebaikan untuknya. Dan apabila dia mendapat kesusahan, dia bersabar lantas ia juga menjadi kebaikan untuknya – Riwayat Muslim

Adab menziarahi orang yang sakit…
Berilah makan kepada yang lapar, ziarahilah orang yang sakit, dan bebaskanlah tahanan (Al-Bukhari)

  • Doakan agar sembuh dari penyakit

  • Berikan ingatan agar sabar dan berbaik sangka dengan Allah

  • Tidak ziarah terlalu lama

  • Nabi S.A.W sering menyebut: “Tidak mengapa, semuanya penyucian dengan izin Allah” (Riwayat al-Bukhari)

Beberapa kaedah yang dilakukan Baginda Rasulullah SAW:

  • Baginda S.A.W meletakkan tangan kanannya di atas tubuh pesakit dan berkata: Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hapuskanlah penyakit, sembuhkan dia, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan sampingan… (Al-Bukhari)

  • Seorang lelaki mengadu kepada Nabi S.A.W tentang kesakitannya. Lalu Baginda S.A.W berkata kepadanya: “Letakkan tanganmu di atas bahagian yang sakit pada tubuhmu dan sebut: Bismillaah. Dan kemudian sebutlah sebanyak tujuh kali “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya dari segala kejahatan perkara yang kutanggung dalam kesakitan, dan yang ku alami dalam ketakutan” (Riwayat Muslim)

Menggalakkan dan Membantu Pesakit Bersolat
Menggalakkan si sakit selagi ‘sedar’ agar mengerjakan Solat

  • Amalan setiap insan dikira pada kesudahannya

  • Bersolat sepanjang usia, tetapi gagal di akhir umur 

Membantu pesakit membersih dan menyucikan diri dari hadas

  • Kekalkan kebersihan pakaian dan tempat baring pesakit dari kekotoran dan najis

  • Bersederhana dalam menggunakan air ketika berwudhu

  • Memahami persoalan menyapu khuf

  • Tayammum

Memahami peruntukan Syara’ terhadap Solat

  • Posisi Solat

  • Menjamakkan Solat

  • Berbaik Sangka Dengan Allah SWT

  • Jangan ada sesiapa dari kalangan kamu yang mati melainkan dalam keadaan dirinya berbaik sangka dengan Allah (Riwayat Muslim)

  • Meyakini bahawa Allah bukan menghukum

  • Meyakini bahawa Allah lebih suka mengampun dari menghukum ~ Allah yang Ghaffar, juga Rahim

  • Memanfaatkan setiap saat untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah

Hadapkan Pesakit yang Nazak ke arah Kiblat

  • Apabila tanda kematian semakin jelas, usahakanlah agar pesakit mengadap Kiblat dengan membaringkan beliau di atas rusuk kanan (mengereng) dan wajah serta dada mengadap Kiblat

  • Jika sulit, kekalkan dalam keadaan berbaring dengan kaki berlunjur mengadap Kiblat dan kepala diangkat sedikit (jika boleh)

Mengajar Talqin – Laa Ilaaha IllalLaah
“Ajarkan orang yang sedang nazak dari kalanganmu agar menyebut Laa Ilaaha IllalLaah – Tiada Tuhan Melainkan Allah” – (Riwayat Muslim)

  • Talqinkan hanya dengan lafaz Laa Ilaaha IllalLaah. Tidak perlu “Asyhadu…” dan tidak perlu “Muhammad Rasulullah”

  • Jika pesakit telah menyebut Laa Ilaaha Illallah, berhenti dari Talqin. Jika beliau menyebut lagi perkara lain selepas itu, maka ulangi lagi Talqin supaya akhir kalamnya adalah Laa Ilaaha IllaLlaah
    “Sesiapa yang akhir kalamnya adalah Laa Ilaaha Illallaah, maka dia akan dimasukkan ke dalam Syurga.” (Riwayat Ahmad dan Daud – Hasan)

Membacakan Surah Yasin
“Tidaklah ada seorang yang sedang nazak, yang dibacakan di sisinya Yasin, melainkan akan diringankan Allah dari kesakitan (sakaratul maut)” – Diriwayatkan di dalam al-Firdaws dari Abu Darda’ dan Abu Dzar dan hadith ini lemah. Matan yang lain ada juga direkodkan oleh Abu Dawud dan al-Nasaa’ie

Merapatkan Mata dan Menutup Tubuh Si Mati
Rasulullah S.A.W apabila masuk ke rumah sejurus selepas kematian Abu Salamah Radhiyallahu ‘anhu, baginda merapatkan mata Abu Salamah dan berkata: “Sesungguhnya roh itu, apabila dicabut, ia akan diturut oleh pandangan si mati.” (Riwayat Muslim)

5 July 2007 (Thursday) at 5:35 am Leave a comment


Calendar

July 2007
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

The Guests

  • 3,576 clicks

Top Clicks...

  • None

Flickr Photos